Falsafah pendidikan kebangsaan yang telah dikeluarkan
oleh Kementertian Pendidikan Malaysia mengandungi beberapa matlamat iaitu
mengembangkan potensi individu secara menyeluruh, menjadikan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, melahirkan insan yang berilmu,
berakhlak, bertanggungjawab dan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyrakat dan negara. Oleh itu semua
matlamat diatas tidak akan tercapai sekiranya guru tidak memainkan peranan.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli
keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab,
berakhlak mulia, dan berbakti
Justeru itu, guru wajib memainkan peranan
bagi merealisasikan semua matlamat ini, antaranya ialah mengembangkan potensi
individu secara menyeluruh iaitu merangkumi aspek jasmai, emosi. rohani, dani
intelek yang mana ia merupakan matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Jasmani murid boleh diperkembangkan melalui penglibatan aktif seseorang murid
itu melalui aktiviti kokurikulum. Manakala emosi, rohani dan intelek pula boleh
diperluas dengan melibatkan murid itu ke dalam setiap aktiviti pengajaran dan program-
program ilimiah seperti forum, debat atau pidato. Disini, guru ditugaskan untuk
memberi rangsangan secara langsung iaitu dengan cara menunjukkan tunjuk ajar
dan pengukuhan supaya murid akan sentiasa bersemangat untuk terlibat dalam
sebaraang aktiviti kokurikulum. Ini secara tidak langsung dapat membantu murid
berfikiran terbuka, berfikiran cerdas dan tergolong dalam golongan kelas minda pertama.
Seterusnya, memupuk cinta murid terhadap ilmu
dan peribadi mulia. Untuk melahirkan murid yang berilmu, guru perlu menyemaikan
minat murid terhadap ilmu sejak dari mula lagi. Guru harus menekankan
kepentingan ilmu pada murid kerana ia tiket kejayaan dunia dan akhirat.
Penelitian harus diberikan ketika melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Hali ini kerana, ketika mana proses p&p sedang
berjalan dalam suasana yang menyeronokkan , murid akan teruja untuk meneroka
sesuatu yang baharu sekaligus cenderung untuk terus menimba ilmu. Selain itu,
menyemai rasa cinta terhadap diri, masyarakat dan negara. Tugas seorang guru
itu bukan sahaja terhad di dalam kelas sahaja kerana ia perlu mengajar,
mendidik dan memimpin. Mengajar itu agak terbatas dan perlu disempurnakan di
dalam kelas sahaja tetapi tugas mendidik dan memimpin sentiasa berterusan
waalupun murid itu tidak berada di kawasan sekolah.
Di samping itu, rakyat Malaysia Yang
berketerampilan. Keterampilan membawa maksud bagaimana seseorang dapat
berhubung dengan insan yang lain (Ee Ah Meng, 1990). Ia juga meliputi beberapa
aspek seperti pemikiran , kepercayaan dan perasaan. Di sini hasrat yang ingin
dicapai ialah melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran dan kecekapan
dalam menjalankan sesuatu tugas atau amanah. Melahirkan individu yang
berketerampilan ini penting bagi memastikan keseimbangan pendidikan dari segi
rohani, jasmani dan intelek. Antara ciri-ciri individu berketerampilan yang ingin
dilahirkan ialah yang berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan sememangnya kunci
bagi kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi. Dalam situasi perkembangan dunia
hari dimana perkembangan teknologi adalah begitu pesat, ilmu pengetahuan sememangnya
amat mudah didapati. Hasrat melahirkan individu yang berpengetahuan harus
disertai dengan mempunyai kemahiran apabila mempraktikkan ilmu pengetahuan
tersebut.
Tambahan lagi, Kepercayaan Kepada Tuhan.
Kepercayaan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam
pembentukan identiti negara Malaysia. Pihak kerajaan telah membentuk rukun
negara dengan meletakkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan pada tempat yang
pertama. Ini menunjukkan betapa pentingnya prinsip ini kepada pembentukan
sesebuah negara Malaysia yang harmoni di mana masyarakat di negara kita terdiri
daripada pelbagai agama, kaum, budaya, bahasa, dan sebagainya. Dengan adanya
kepercayaan kepada Tuhan oleh masyarakat di negara kita, ini akan mewujudkan
satu masyarakat yang seimbang. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), perkara
yang sangat dititikberatkan adalah berkaitan dengan soal keagamaan iaitu kepercayaan
kepada Tuhan. Kepercayaan kepada Tuhan adalah elemen yang ketujuh dalam
Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana kalau kita lihat
kepentingannya, semua pelajar Islam diwajibkan mengambil mata pelajaran
Pengetahuan Agama Islam dalam peperiksaan awam. Sementara itu, pelajar bukan
Islam hendaklah diberikan pelajaran Pendidikan Moral. Kewajipan ini jelas
menunjukkan kepada kita bahawa pelajar-pelajar dapat mengamalkan konsep
kepercayaan kepada Tuhan kerana mereka telah diajar perkara tersebut di dalam
kelas. Pelajar-pelajar yang berjaya dan lulus dalam peperiksaan Pendidikan
Islam dan moral hanyalah sekadar untuk memenuhi syarat mereka untuk memasuki
institusi pengajian tinggi ataupun untuk mencari pekerjaan apabila tamat
persekolahan nanti. Kita juga amat sedih kerana kurangnya dari segi pengamalan
keagamaan pelajar-pelajar dan mempraktikkannya dalam kehidupan harian semasa
ilmu-ilmu pengetahuan agama yang diajar oleh guru-guru di sekolah..
Dunia teknologi maklumat dan globalisasi
pada hari ini menyebabkan penyebaran budaya dan anasir-anasir jahat yang bertentangan
dengan agama dan norma masyarakat. Proses globalisasi yang tiada sempadan
memudahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakyah negatif kepada
remaja kita. Contohnya, amalan Black Metal, Punk, Skin Head, seks bebas,
perkahwinan sejenis dan sebagainya. Perkara-perkara ini bukan sahaja telah
disebarkan kepada remaja dan pelajar-pelajar, malah ada yang telah mengikut dan
mengamalkannya. Hal ini amat membimbangkan semua pihak. Oleh itu, usaha dan
langkah- langkah perlu diambil agar gejala ini tidak meresap ke dalam jiwa
remaja dan pelajar-pelajar. Kepercayaan kepada tuhan yang terdapat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan perlu ditekannya kepada pelajar-pelajar agar masalah
seperti ini dapat diatasi.
Kesimpulannya. Sesungguhnya kewujudan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berfungsi sebagai panduan kepada para pendidik untuk
terus produktif fan kreatif dalam melaksanakan aktivit pendidikan sama ada dalam
bidang kokurikulum mahupun kurikulum. Pendidikan pada hakikatnya bermula dari
ibu-bapa namun zaman moden ini, guru dilihat sebagai pendidik utama. Hal ini
kerana memandangkan masa murid di sekolah labih banyak berbanding di rumah.
Kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadikan sistem pendidikan di
Malaysia sebuah sistem yang disegani kerana ia menganjakkan diri ke kedudukan
yang tertinggi iaitu universiti. Ia hendaklah sentiasa diletak di hadapan agar pendidikan
negara akan terus gemilang melahirkan insan yang cemerlang dalam sebuah negara
yang maju ini.
RUJUKAN
Zaini Abdullah. 2021. Modul Perkembangan Pendidikan
Di Malaysia Falsafah Dasar. Perak.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
http://edutecnovasipdd.blogspot.com/p/falsafah-pendidikan.html
http://tentangilmupendidikan.blogspot.com/2014/05/falsafah-pendidikan[1]kebangsaan.html?m=
No comments:
Post a Comment